* Ilmu Falak adalah salah satu cabang sains tabie (tulen).
* Ilmu yang mengkaji perjalanan badan-badan cakerawala seperti bumi, bulan, matahari dan bintang-bintang.
* ‘Falak’ dari bahasa Sumerian ‘pilak’ bermaksud sesuatu yang berputar.
* Dalam bahasa latin, astronomi – ilmu mengenai bintang.
* Hartmann 1987 : sains yang mengkaji objek-objek di angkasa.
* Al-Quran : benda yang beredar di langit – surah Yasin: 40 dan Al-Anbiya:33.
* Al-Biruni : sesuatu yang saling bertukaran.
* Ikhwan as-Shafa : ilmu yang mengkaji tentang tatasuria, menghitung jumlah bintang, mengukur pembahagian gugusan-gugusan bintan, jarak, saiz dan pergerakan badan-badan cakerawala serta mengetahui segala sesuatu yang berhubungan dengannya.
* Ibn Khaldun : ilmu yang mempelajari tentang pergerakan tetap bintang-bintang, sama ada yang bergerak atau berpusing. Gerakan-gerakan tersebut boleh diketahui melalui cerapan atau hitungan. Ilmu hitungan pula hendaklah berdasarkan kepada pengetahuan tentang ciri-ciri pergerakan dan kedudukannya.

Pengetahuan tentang
definisi ini penting bagi membezakannya dengan aspek kajian bintang
yang lain iaitu ‘astrologi’ atau ‘ilmu bintang pernujuman’.
Ilmu Falak Terpinggir?
Seorang yang mempelajari ilmu falak mengatakan beliau
merasa terasing dalam dunia falak. Terasing dalam erti kata pemahaman
tentang ilmu falak yang dipelajari, ternyata berbeza dengan pemahaman
sebilangan masyarakat tentang ilmu falak.
Kitab bintang dua belas
yang menjadi pendorong kepada ilmu perlangkahan dalam masyarakat
dahulu, masih menjadi asas pemahaman sebilangan masyarakat tentang
falak. Justeru ilmu falak masih dengan status – “meramal”.
Situasi ini mendorong sebilangan masyarakat memandang
ilmu falak sebagai ilmu yang rendah, kerana mengandungi unsur ramalan
dan jangkaan. Malah mungkin ada yang menganggapnya sama dengan ilmu
nujum perbintangan (astrologi).
Ilmu falak gagal dipandang sebagai ilmu sains tabie,
ilmu yang berasaskan pengkajian terhadap alam semesta yang sistematik
menurut sunnatullah.
Hingga hari ini, ilmu falak masih gagal diterapkan
dalam pembelajaran mana-mana disiplin ilmu, bahkan kekal sebagai satu
disiplin berasingan, yang hanya diketengahkan oleh sebilangan yang
berminat.
Sedangkan setiap urusan kehidupan umat, sama ada ibadat khusus atau tidak, akan tetap melibatkan ilmu falak.
1. Sistem waktu
Umat islam tidak mempedulikan langsung tentang sistem waktu, sekalipun al-Quran sendiri menyatakan bahawa watu solat itu ‘ditetapkan waktunya’. Namun aspek menjaga waktu dibiarkan sahaja, dan dipercayai bahawa sebilangan besar daripada umat islam, tidak tahu bagaimana waktu itu diukur dan ditentukan. Apalagi tentang bagaimana waktu solat itu diukur dan ditentukan?

2. Sistem tarikh dan takwim
Umat islam sekali lagi mengenepikan aspek kepentingan sistem tarikh dan takwim, apabila aspek tarikh dan takwim ini masih terumbang ambing dalam sesebuah negara, apalagi dalam hubungan antara negara. Sedangkan umum maklum tentang urusan puasa, zakat dan haji, malah urusan peribadi dan kekeluargaan seperti nikah, cerai dan rujuk, serta haid dan nifas, pasti melibatkan aspek tarikh dan takwim, yang sewajarnya diberi perhatian penting dan sebarang kekeliruan diatasi sehingga sistem tarikh dan takwim tidak diragui kesahihannya, yang tentu berhubung rapat dengan aspek kesempurnaan ibadat itu sendiri.

3. Fenomena alam
Apabila alam itu berfungsi dan beroperasi menurut sunnatullah, menurut sistem yang telah diatur oleh Yang Maha Kuasa, dengan ‘kebenaran’ menghitung bilangan tahun dan ‘hisab’, maka ‘penghitung’ akan menemui fenomena-fenomena tertentu dalam hitungan kedudukan cakerawala bagi penyusunan takwim, dan penentuan kedudukan jasad samawi yang lain, seperti fenomena gerhana (eclipse), ijtimak (conjunction), istiqbal (opposition) dan lain-lain fenomena, yang akan berlaku menurut turutan waktu yang tertentu, sama ada berulangan secara ‘banyak-banyak’, ‘jarang-jarang’, ‘sedikit-sedikit’ dan ‘kadang-kadang’. Namun tiada satu pun dalam falak fenomena ini dianggap luarbiasa atau ‘ajaib’, kerana luarbiasa dan ajaib hanya wujud pada fenomena yang berlaku secara ‘mukjizat’, ‘karamah’, dan sebagainya, bukan secara hitungan falak. Fenomena yang berlaku secara hitungan falak dianggap ‘kehebatan’ sistem alam semesta ciptaan Maha Agung, yang begitu terperinci, hingga memerlukan hitungan matematik dengan angka perpuluhan yang besar.

Maka bagaimana dengan
kita, umat islam, jika selisih jam tangan kita hingga beberapa minit
tidak disedari (atau tidak dihirau), berkemampuankah kita untuk
melaksanakan tanggungjawab yang lebih besar?
Pragmatic Play expands presence in Europe - KLH
BalasHapusPragmatic Play is a leading content 제천 출장마사지 provider to the 부산광역 출장마사지 online gaming industry. Pragmatic Play is a 용인 출장샵 global 여수 출장안마 leader in 평택 출장마사지 live dealer casino content.